Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Bacaan Pertama Bagi Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 (RUUPD 2024) di Dewan Rakyat

4 mins
·

BACAAN PERTAMA BAGI RANG UNDANG-UNDANG

PERKONGSIAN DATA 2024 (RUUPD 2024) DI DEWAN RAKYAT

Kuala Lumpur, 11 Disember 2024 – Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 (RUUPD 2024) telah dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. Penggubalan RUU ini melakar satu lagi sejarah dalam menjadikan Malaysia sebagai negara Digital. Hasrat penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 adalah untuk membenarkan perkongsian data dalam sektor awam dilaksanakan. Ianya merupakan tambahan kepada peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan serta berupaya memberikan nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan awam jangka masa panjang yang berteraskan kecerdasan buatan. Keberhasilan RUU ini juga sejajar dengan pengwujudan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang akan diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Disember 2024.

Melalui kewujudan Akta Perkongsian Data 2024 kelak, ia akan bertindak sebagai mekanisme perundangan dan tambahan kepada peruntukan-peruntukan sedia ada yang mengandungi obligasi kerahsian. Di samping itu ia juga bertujuan melindungi data-data tertentu dengan mengambil kira pertimbangan keselamatan negara, kepentingan awam serta ketidakwajaran sesuatu data itu dikongsikan.

Kerajaan Malaysia MADANI komited untuk melaksanakan Islah (Pembaharuan) melalui RUU Perkongsian Data ini di mana ia berupaya menambah baik tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan melalui undangundang yang komprehensif. RUU ini juga bukan sahaja meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap komunikasi yang telus, malahan berupaya melonjakkan ekonomi digital pada masa hadapan.

Akta Perkongsian Data 2024 yang bakal dikuatkuasa ini mengandungi 5 bahagian dan 29 Fasal bakal melonjakkan faedah jangka masa panjang kepada tiga (3) kumpulan sasaran utama iaitu kerajaan, ekonomi negara dan masyarakat.

Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara (JDN) sebagai pemacu pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan memainkan peranan utama dalam memantapkan perkhidmatan digital Kerajaan di mana perkongsian data antara agensi merupakan agenda dalam penyediaan perkhidmatan merentas agensi yang bersepadu, inklusif dan selamat. Ianya seiring dengan Anjakan Strategi Digital First (ASDF) yang telah diluncurkan pada 6 Jun 2024.Tadbir Urus Digital merupakan salah satu teras di bawah ASDF yang memerlukan pewujudan peruntukan perundangan dan tatakelola yang jelas dalam pembangunan inisiatif pendigitalan bagi memastikan integriti kerajaan dan kebolehpercayaan rakyat.

Oleh yang demikian, JDN diperuntukkan sebagai agensi pengawal selia dalam pelaksanaan Akta ini kelak selaras dengan peranannya dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Pelbagai perancangan akan menyusul bagi memastikan kelangsungan usaha yang dilaksanakan pada hari ini, ia termasuklah Rangka Kerja Kawal Selia perkongsian data bagi melaksanakan peranan pengawal selia dalam perkongsian data agensi sektor awam.

YB GOBIND SINGH DEO

MENTERI DIGITAL


11.12.2024_PR_BACAAN_PERTAMA_BAGI_RANG_UNDANG_UNDANG_PERKONGSIAN_DATA_2024_RUUPD_2024_DI_DEWAN_RAKYAT.pdf

0.10MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025