Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Merapatkan Jurang Digital Dan Memperkukuh Kerjasama Akan Memastikan Teknologi Emerging Memberi Manfaat Kepada Kemanusiaan

3 mins
·

SIARAN MEDIA

MERAPATKAN JURANG DIGITAL DAN MEMPERKUKUH KERJASAMA AKAN MEMASTIKAN TEKNOLOGI EMERGING MEMBERI MANFAAT KEPADA KEMANUSIAAN

Dalam era yang dibentuk oleh kecerdasan buatan (AI) ini, kerjasama adalah amat penting. Hanya melalui komitmen bersama, inovasi dan kewaspadaan yang berterusan, kita dapat memastikan dunia digital kekal menjadi satu kuasa untuk kebaikan.

Inilah mesej utama yang saya sampaikan semalam dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global, acara kemuncak kepada Persidangan AI Sedunia 2025 yang sedang berlangsung di Shanghai, China. Matlamat utamanya adalah untuk merapatkan jurang digital antara negara dan memperkukuh kerjasama digital bagi memastikan pembangunan serta tadbir urus teknologi baharu memberikan manfaat kepada kemanusiaan.

Saya juga menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan dokumen hasil Pelan Tindakan Tadbir Urus AI Global.

Penggunaan AI secara meluas oleh perniagaan dan tenaga kerja di Malaysia dijangka mempercepat pertumbuhan ekonomi negara merentasi pelbagai sektor. Teknologi Generatif AI sahaja diunjurkan mampu membuka potensi produktiviti sehingga USD113.4 bilion untuk Malaysia.

Menyedari potensi AI sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) telah ditubuhkan pada Disember 2024. Ia berperanan sebagai pihak berkuasa pusat bagi menerajui agenda AI negara.

Di peringkat serantau, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 sedang menerajui penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN serta memimpin perbincangan mengenai aspek keselamatan AI. Rangkaian ini akan berfungsi sebagai platform serantau ASEAN bagi keselamatan AI, yang akan memudahkan pertukaran amalan terbaik, kerjasama penyelidikan, pembangunan piawaian serta penerimagunaan AI secara bertanggungjawab.

Selain itu, Malaysia akan menganjurkan dua acara global utama pada tahun ini – Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia yang julung kali diadakan (11-12 Ogos), dan Ekspo Dunia Bandar Pintar Kuala Lumpur (17-19 September). Kedua-dua acara ini akan menghimpunkan pembuat dasar, peneraju industri dan ahli akademik bagi merancakkan dialog penting berkaitan AI, inovasi dan transformasi digital.

Dengan memacu inovasi, mempertingkat proses membuat keputusan dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang berharga, AI bukan sahaja mengubah landskap industri – ia turut mempercepat pembangunan global. Dalam proses ini, kita diingatkan bahawa teknologi masa depan mesti dibangunkan secara bersama, merentas sempadan, dengan visi bersama ke arah dunia yang lebih baik.

YB TUAN GOBIND SINGH DEO

Menteri Digital

27 Julai 2025

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Menteri,

Kementerian Digital.


27072025_SIARAN MEDIA_MERAPATKAN JURANG DIGITAL DAN MEMPERKUKUH KERJASAMA AKAN MEMASTIKAN TEKNOLOGI EMERGING MEMBERI MANFAAT KEPADA KEMANUSIAAN.pdf

0.08MB

27072025_PRESS RELEASE_BRIDGING DIGITAL DIVIDE, ENHANCING COLLABORATION WILL ENSURE EMERGING TECH BENEFIT HUMANITY.pdf

0.12MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025