Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Johor Bahru Tonjol Kes Penggunaan Bandar AI Berasaskan 5G Di Bawah Geran Kementerian Digital

2 mins
·

SIARAN MEDIA

JOHOR BAHRU TONJOL KES PENGGUNAAN BANDAR AI BERASASKAN 5G DI BAWAH GERAN KEMENTERIAN DIGITAL

JOHOR BAHRU, 17 April 2026 – Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Bandar AI anjuran Kementerian Digital dan Digital Nasional Berhad (DNB) yang diadakan di Menara MBJB, Johor Bahru.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Digital Nasional Berhad (DNB) hari ini memperagakan beberapa kes penggunaan (use case) Bandar AI yang berasaskan 5G, selaras dengan Geran Bandar AI 5G Kementerian Digital yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan dan penyedia penyelesaian pada tahun 2025.

YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital menyatakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Johor Bahru mencerminkan hasrat nasional untuk menterjemahkan dasar AI kepada pelaksanaan sebenar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Pada masa yang sama, beliau menegaskan Johor Bahru bukan sekadar merancang, tetapi melaksanakan. Bukan sekadar konsep, tetapi kes penggunaan sebenar yang memberi impak terus kepada rakyat dan beliau turut menekankan peranan AI, 5G dan teknologi digital sebagai pemacu bandar yang lebih selamat, cekap dan inklusif.

Antara kes penggunaan yang dipertontonkan ialah dron udara AI berasaskan 5G untuk tujuan perubatan dan perancangan bandar, sistem CCTV AI berkuasa solar bagi pemantauan dan penguatkuasaan masa nyata bagi menyokong mobiliti pintar bersempena Visit Johor 2026.

Program ini merupakan sebahagian daripada agenda nasional AI yang menekankan bandar sebagai persekitaran utama pelaksanaan teknologi AI secara praktikal, disokong oleh infrastruktur 5G dan kerjasama strategik antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan industri.

KEMENTERIAN DIGITAL

#TAMAT#


17042026_SIARAN MEDIA_JOHOR BAHRU TONJOL KES PENGGUNAAN BANDAR AI BERASASKAN 5G DI BAWAH GERAN KEMENTERIAN DIGITAL.pdf

0.14MB

17042026_PRESS RELEASE_JOHOR BAHRU SHOWCASES 5G-ENABLED AI CITY USE CASES UNDER MINISTRY OF DIGITAL GRANT.pdf

0.16MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026