Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Akan Menyalurkan Bantuan Kepada Mangsa Letupan Paip Gas Putra Heights

2 mins
·

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL AKAN MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA LETUPAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS

Kementerian Digital akan memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Semasa lawatan saya ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights pagi tadi, saya dimaklumkan bahawa peranti digital mangsa telah hilang atau rosak dalam kejadian tersebut.

Oleh itu, Kementerian Digital akan menyediakan 100 unit komputer riba, 100 unit tablet, 100 unit telefon pintar dan 500 unit bank kuasa (power bank) kepada mangsa yang memerlukan peranti sedemikian.

Permohonan untuk peranti ini boleh dibuat bermula hari ini melalui pusat khidmat ADUN Kota Kemuning, YB S. Preakas.

MyDigital Corporation, sebuah agensi di bawah Kementerian Digital, juga akan bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyediakan platform dalam talian bagi memastikan mangsa mendapat maklumat yang jelas dan kemas kini tepat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terjejas dalam kejadian ini.

Kementerian Digital dan agensi-agensinya akan terus bekerjasama dengan mangsa dalam kejadian ini. Kami berharap agar mereka yang cedera akan sembuh segera dan mereka yang mengalami kerugian akan menerima bantuan yang diperlukan untuk membantu mereka mengharungi masa yang sukar ini.

GOBIND SINGH DEO

MENTERI DIGITAL

4 APRIL 2025

-TAMAT-


040425 - KEMENTERIAN DIGITAL AKAN MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MANGSA LETUPAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS.pdf

0.15MB

040425 - MINISTRY OF DIGITAL TO PROVIDE AID TO THOSE AFFECTED BY GAS PIPELINE BLAST (12.48pm).pdf

0.16MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025