Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Jayakan Jelajah Komuniti Digital Untuk Angkat Komuniti Luar Bandar Sibuti

4 mins
·

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL JAYAKAN JELAJAH KOMUNITI DIGITAL UNTUK ANGKAT KOMUNITI LUAR BANDAR SIBUTI

SIBUTI, 4 OKTOBER 2025 – Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital telah merasmikan Program Jelajah Komuniti Digital yang diadakan di Rumah Johnson Jangu, Seloi Tengah, Sibuti, Miri, Sarawak.

Program Jelajah Komuniti Digital edisi kali ini dianjurkan oleh Kementerian Digital sebagai sebahagian daripada usaha memperluas agenda pendigitalan negara, dengan kerjasama strategik daripada agensi di bawah Kementerian iaitu MyDIGITAL Corporation dan MYNIC Berhad.

Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang digital dan memberikan pendedahan kepada teknologi terkini yang dapat dimanfaatkan oleh warga setempat di Sibuti, Miri, Sarawak. Dalam program ini, MYNIC menganjurkan sesi kesedaran bersama komuniti rumah panjang mengenai kepentingan memiliki nama domain .my. Selain itu, MYNIC turut menyediakan sesi bimbingan secara one-to-one di reruai bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut. Sesi ini menampilkan Cikgu Yaser, Master Trainer MYNIC, yang berkongsi kepakaran serta pengalaman beliau. Pada masa yang sama, pelbagai hadiah menarik turut disediakan bagi para peserta yang hadir.

Pada jelajah kali ini, MyDIGITAL akan memberi pendedahan kepada warga setempat mengenai manfaat Rakyat Digital, yang menekankan aspek kebolehcapaian, fleksibiliti dan keterangkuman dalam melahirkan tenaga kerja celik digital serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam ekonomi digital global. Inisiatif Rakyat Digital yang diterajui oleh Kementerian Digital melalui MyDIGITAL Corporation, bertujuan meningkatkan literasi digital rakyat Malaysia dengan menyediakan kemahiran asas untuk menghadapi dunia teknologi, selaras dengan aspirasi negara ke arah menjadi negara digital maju. Melalui kerjasama awam-swasta termasuk Microsoft, Intel dan CyberSecurity Malaysia, program ini menawarkan pelbagai kursus atas talian percuma seperti AI untuk Rakyat, CyberSAFE® untuk Rakyat, Cloud untuk Rakyat, Blockchain untuk Rakyat, AI Fluency dan Generatif AI, yang telah menarik penyertaan lebih 1.4 juta rakyat.

YB Timbalan Menteri Digital menegaskan komitmen Kementerian Digital untuk terus menjelajah ke seluruh negara, merangkumi kawasan luar bandar dan pedalaman, bagi memastikan semua lapisan masyarakat menikmati manfaat transformasi digital. Beliau juga menekankan kepentingan pengamalan “Digital-First Mindset” sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Penganjuran program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 250 peserta di sekitar Sibuti, merangkumi 20 ketua masyarakat, warga setempat serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Subis, Miri. Kesemua yang hadir juga berpeluang mengikuti sesi santai bersama Timbalan Menteri Digital di samping menyertai pelbagai aktiviti interaktif teknologi yang disediakan.

Program Jelajah Komuniti Digital ini menandakan usaha serius kerajaan untuk menjadikan pendigitalan sebagai hak untuk semua rakyat, tanpa mengira lokasi serta memperkukuh Malaysia sebagai negara digital yang inklusif dan berdaya saing.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


04102025_SIARAN MEDIA_KEMENTERIAN DIGITAL JAYAKAN JELAJAH KOMUNITI DIGITAL UNTUK ANGKAT KOMUNITI LUAR BANDAR SIBUTI.pdf

0.21MB

04102025_PRESS RELEASE_MINISTRY OF DIGITAL IMPLEMENTS JELAJAH KOMUNITI DIGITAL TO EMPOWER RURAL COMMUNITIES IN SIBUTI.pdf

0.15MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025