Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Perkasa Komuniti Luar Bandar Melalui Jelajah Komuniti Digital Di SMK Belaga,Sarawak

3 mins
·

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL PERKASA KOMUNITI LUAR BANDAR MELALUI JELAJAH KOMUNITI DIGITAL DI SMK BELAGA, SARAWAK

BELAGA, 17 JULAI 2025 – Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital telah merasmikan Program Jelajah Komuniti Digital yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga, Sarawak.

Untuk makluman, Kementerian Digital terus memperkukuh komitmennya dalam memperluas agenda pendigitalan negara dengan menganjurkan Program Jelajah Komuniti Digital ini. Program ini dianjurkan dengan kerjasama strategik daripada agensi di bawah Kementerian iaitu Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), MYNIC Berhad, serta Alibaba Cloud, sebagai rakan teknologi utama.

Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang digital dan memberikan pendedahan kepada teknologi terkini yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar, para pendidik, ketua masyarakat dan agensi kerajaan di kawasan Belaga. Antara fokus utama program ialah pendidikan digital, keselamatan data peribadi, pengurusan identiti digital, serta pendedahan awal kepada Kecerdasan Buatan (AI).

YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital menegaskan bahawa Kementerian Digital akan terus menjelajah ke seluruh pelusuk negara termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir dalam arus transformasi digital negara. Beliau turut menyeru agar rakyat mengamalkan “Digital-First Mindset” sebagai kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Sumbangan Alibaba Cloud dalam program ini turut memperkasa sesi pembelajaran teknologi awan dan AI, membuktikan pentingnya kerjasama awam-swasta dalam menjayakan agenda digital negara.

Program ini menerima sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih 300 orang pelajar, 40 ketua masyarakat, serta wakil daripada semua agensi kerajaan di daerah Belaga. Para pelajar juga berpeluang menyertai sesi santai bersama Timbalan Menteri Digital dan melibatkan diri dalam aktiviti interaktif teknologi.

Program Jelajah Komuniti Digital ini menandakan usaha serius kerajaan untuk menjadikan pendigitalan sebagai hak untuk semua rakyat, tanpa mengira lokasi serta memperkukuh Malaysia sebagai negara digital yang inklusif dan berdaya saing.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital, Malaysia.


17072025_SIARAN MEDIA_KEMENTERIAN DIGITAL PERKASA KOMUNITI LUAR BANDAR MELALUI JELAJAH KOMUNITI DIGITAL DI SMK BELAGA, SARAWAK.pdf

0.11MB

17072025_PRESS RELEASE_MINISTRY OF DIGITAL EMPOWERS RURAL COMMUNITIES THROUGH JELAJAH KOMUNITI DIGITAL AT SMK BELAGA, SARAWAK.pdf

0.15MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025