Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Perkenal Standard SIRI MS 2754 Bagi Perkukuh Keselamatan Dan Kepercayaan Dalam Ekosistem Ekonomi Digital

3 mins
·

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL PERKENAL STANDARD SIRI MS 2754 BAGI PERKUKUH KESELAMATAN DAN KEPERCAYAAN DALAM EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL

KUALA LUMPUR, 18 November 2025 – Kementerian Digital telah melancarkan dokumen Standard Malaysia Siri MS 2754 (Ekonomi Perkongsian), satu langkah strategik untuk memperkukuh asas keselamatan dan kepercayaan dalam ekosistem ekonomi digital negara.

Pelancaran dua (2) dokumen Standard baharu ini iaitu General Principles dan General Trustworthiness and Safety Requirements for Digital Platforms, telah disempurnakan oleh YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital.

Siri dokumen MS 2754 dibangunkan melalui Jawatankuasa Teknikal Ekonomi Perkongsian (NSC 03/TC 9) dengan penyelarasan Kementerian Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Jabatan Standard Malaysia (JSM). Standard ini menyediakan garis panduan komprehensif untuk memastikan platform digital lebih telus, boleh dipercayai, dan selamat. Ia memberi tumpuan khusus kepada aspek-aspek penting seperti pengesahan pengguna bagi memastikan kesahihan identiti, perlindungan data untuk menjamin kerahsiaan dan keselamatan data peribadi, penyelesaian pertikaian melalui mekanisme yang jelas dan adil, serta keselamatan operasi untuk melindungi platform dan pengguna daripada sebarang ancaman dan penipuan.

YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong menyatakan pelancaran MS 2754 hari ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang telus dan terkawal, di mana platform digital boleh berinovasi dengan yakin manakala pengguna serta penyedia perkhidmatan boleh berinteraksi dengan selamat dan beretika. Ini juga adalah selari dengan strategi serta hala tuju Kementerian Digital sebagai peneraju utama ekosistem digital negara, dengan matlamat utama menjadikan Malaysia sebagai Negara AI menjelang tahun 2030.


Kementerian Digital menggalakkan semua platform Ekonomi Perkongsian untuk mengintegrasikan MS 2754 dalam operasi mereka bagi membina pasaran yang berdaya saing dan boleh dipercayai.

Program pelancaran ini turut diserikan dengan Sesi Deklarasi Komitmen oleh wakil platform digital ekonomi perkongsian bagi menyokong piawaian MS 2754, di mana lima (5) platform tempatan menyampaikan plak khas kepada YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong sebagai simbolik sokongan, diikuti dengan Sesi Penghargaan ringkas kepada platform-platform yang telah melengkapkan Program Penilaian Platform Ekonomi Perkongsian di bawah MDEC.

Kementerian Digital kekal komited membangunkan ekosistem digital yang berdaya tahan, inklusif dan progresif, berteraskan kepercayaan digital.


KEMENTERIAN DIGITAL


18112025_SIARAN MEDIA_KEMENTERIAN DIGITAL LANCAR PIAWAIAN MS2754.pdf

0.09MB

18112025_PRESS RELEASE_THE MINISTRY OF DIGITAL INTRODUCES THE MS 2754 SERIES STANDARD TO STRENGTHEN SECURITY AND ENHANCE TRUST IN THE DIGITAL ECONOMY ECOSYSTEM.pdf

0.15MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025