Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Tingkatkan Kemahiran AI Rakyat Malaysia

3 mins
·

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL TINGKATKAN KEMAHIRAN AI RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2025 – Kementerian Digital bertekad untuk membangunkan bakat kecerdasan buatan (AI) dan mengintegrasikan teknologi ke dalam kehidupan seharian untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan.

Inisiatif-inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Digital berhasrat untuk menyediakan kemahiran dan peluang yang diperlukan dalam ekonomi digital.

Kementerian Digital juga menyedari kebimbangan orang ramai terhadap impak AI, terutamanya dalam pasaran pekerjaan, justeru telah mengambil langkah proaktif untuk melengkapkan rakyat dengan kemahiran AI yang diperlukan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo telah mengumumkan beberapa inisiatif penting ketika berucap dalam sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih ke atas titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Inisiatif-inisiatif ini termasuk program kerjasama dengan Microsoft untuk melatih 800,000 peserta dalam bidang AI, menyediakan platform untuk pembangunan bakat dan memacu transformasi AI di seluruh sektor.

Selain itu, inisiatif Bersama Google Cloud untuk meningkatkan produktiviti penjawat awam dengan mengintegrasikan alat AI generatif dalam tugasan harian. Seramai 445,000 penjawat awam akan mendapat akses percuma kepada ciri Gemini dalam Google Workspace sehingga 2028.

Portal Rakyat Digital yang dibangunkan oleh MyDIGITAL Corporation menawarkan kursus dalam talian percuma mengenai teknologi baharu, termasuk AI.

Tiga kursus yang kini tersedia ialah CyberSAFE Untuk Rakyat, AI Untuk Rakyat dan Pengenalan kepada AI Generatif. Empat kursus tambahan akan dilancarkan pada tahun 2025, merangkumi pengkomputeran awan, rantaian blok, data dan pengkomputeran kuantum. Gobind turut berkata walaupun pembangunan AI tempatan memerlukan pelaburan yang besar, Kementerian Digital komited terhadap usaha ini bagi mencapai matlamat menjadi hab inovasi AI serantau.

Kementerian Digital yakin bahawa inisiatif-inisiatif ini akan memastikan rakyat Malaysia dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dan peluang dalam era AI.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Menteri Digital

Kementerian Digital


25022025_KENYATAAN MEDIA_KEMENTERIAN DIGITAL TINGKATKAN KEMAHIRAN AI RAKYAT MALAYSIA.pdf

0.16MB

25022025_PRESS RELEASE_MINISTRY OF DIGITAL EMPOWERS MALAYSIANS WITH AI SKILLS.pdf

0.08MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025