Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kerajaan Komited Memperkukuh Ekosistem Blockchain Dan Rangka Kerja Tokenisasi Aset Negara

3 mins
·

SIARAN MEDIA KERAJAAN KOMITED MEMPERKUKUH EKOSISTEM BLOCKCHAIN DAN RANGKA KERJA TOKENISASI ASET NEGARA

Kementerian Digital menegaskan komitmen berterusan Kerajaan dalam memacu pembangunan teknologi blockchain dan tokenisasi aset bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Rantaian Blok Nasional 2021-2025.

Kementerian Digital telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras utama untuk membangunkan dasar dan hala tuju strategik teknologi digital, termasuk teknologi blockchain. Sejajar dengan peranan ini, sebuah Pasukan Kerja (Task Force) Dasar Blockchain Negara yang dianggotai oleh pakar sektor awam dan swasta telah ditubuhkan. Pasukan kerja ini akan memastikan hala tuju blockchain negara yang dibangunkan adalah holistik dan inklusif.

Fokus utama Pasukan Kerja ini merangkumi:

● Mengenal pasti keutamaan dan fokus strategik pembangunan serta penerapan teknologi blockchain di Malaysia, meliputi aspek kripto dan non-kripto.

● Mengkaji implikasi etika, undang-undang, dan sosial teknologi blockchain.

● Mencadangkan mekanisme untuk menggalakkan kerjasama antara akademik, industri, dan Kerajaan dalam bidang blockchain.

● Mengemukakan strategi bagi pembangunan bakat dan pendidikan dalam teknologi blockchain.

Kementerian Digital kini giat meneliti komponen utama dalam pembangunan dasar dan hala tuju blockchain negara, bertujuan meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan ketelusan sektor pentadbiran kerajaan, industri, dan rakyat.

Penekanan turut diberikan kepada pengaplikasian teknologi blockchain menerusi tokenisasi, terutamanya dalam aspek pengurusan aset dan pembangunan pasaran modal bagi menjamin keselamatan transaksi dan kestabilan ekosistem digital.

Berhubung rangka kerja kawal selia bagi tokenisasi aset dan blockchain, Kerajaan sedang membangunkan satu rangka kerja melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Usaha bersepadu ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi inovasi teknologi digital, sambil memastikan kerangka kawal selia yang teguh untuk melindungi kepentingan awam dan menjamin kestabilan pasaran.

GOBIND SINGH DEO

Menteri Digital

3 November 2025

#TAMAT#


03112025_SIARAN MEDIA_KERAJAAN KOMITED MEMPERKUKUH EKOSISTEM BLOCKCHAIN DAN RANGKA KERJA TOKENISASI ASET NEGARA.pdf

0.13MB

03112025_PRESS RELEASE_THE GOVERNMENT IS COMMITTED TO STRENGTHENING THE BLOCKCHAIN ECOSYSTEM AND THE NATIONAL ASSET TOKENISATION FRAMEWORK.pdf

0.12MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025