Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kerajaan MADANI Akan Mempercepatkan Pendigitalan Perkhidmatan Rakyat Melalui GovTech Tahun Hadapan

3 mins
·

KENYATAAN MEDIA

KERAJAAN MADANI AKAN MEMPERCEPATKAN PENDIGITALAN PERKHIDMATAN RAKYAT MELALUI GOVTECH TAHUN HADAPAN

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2024 – Inisiatif Government Technology (GovTech) Malaysia merupakan salah satu daripada agenda utama Kementerian Digital dalam usaha mentransformasi perkhidmatan digital Kerajaan yang lebih moden, cekap dan berfokuskan rakyat.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata melalui pendekatan Whole-ofGovernment, GovTech Malaysia beroperasi bagi membentuk ekosistem perkhidmatan digital bersepadu dengan menyokong integrasi di antara agensi secara holistik dan inklusif.

Ketika menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Seri Dr. Hajah Zurainah Musa di Dewan Negara pagi tadi, Gobind berkata antara inisiatif utama yang telah dibangunkan dan sedang digunakan secara rintis pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

(i) pembangunan produk digital guna sama seperti platform standard komponen reka bentuk perkhidmatan digital Kerajaan atau dikenali sebagai Malaysia Design System (MyDS) bagi mewujudkan keseragaman dalam aspek antara muka (UI) dan pengalaman pengguna (UX); dan

(ii) portal Hansard Parlimen sebagai akses dan kemudahan yang informatif kepada Ahli Parlimen dan rakyat untuk maklumat terbuka berkaitan Parlimen yang turut dikuasai dengan elemen AI.

Gobind juga telah menyenaraikan inisiatif utama yang sedang dibangunkan pada tahun 2025. Ia termasuk:

(i) MyGov Malaysia: Aplikasi mudah alih bersepadu sebagai platform yang menghimpunkan perkhidmatan utama Kerajaan yang turut diintegrasikan dengan Identiti Digital Nasional;

(ii) AskMyGov: One-stop portal untuk rakyat bertanya soalan kepada 2 kerajaan serta merupakan repositori pusat untuk mencari soalan soalan lazim dan jawapan (Q&A);

(iii) GoGov: Link-shortener platform bagi menyediakan capaian kandungan Kerajaan yang selamat dan dipercayai; dan

(iv) SiaranGovMy: Sumber rujukan berpusat untuk siaran media dan pengumuman Kerajaan.

“Selain itu, kemudahan digital Kerajaan yang inovatif, mudah dan selamat akan turut disediakan bagi menyokong program dan usaha-usaha Kerajaan bagi pemerkasaan komuniti perniagaan ke arah ease of doing business, seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam.

“Kementerian Digital berharap agar semua Kementerian dan agensi kerajaan turut sama memberikan komitmen terhadap inisiatif GovTech dalam memastikan perkhidmatan yang lebih baik dapat disalurkan kepada rakyat dan perniagaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan,” tambahnya lagi.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Digital


181224 - KERAJAAN MADANI AKAN MEMPERCEPATKAN PENDI_241218_121929.pdf

0.11MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025