Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kes Tikaman Maut Remaja Perempuan Amat Mengejutkan, Tiada Tempat Untuk Keganasan Di Sekolah

2 mins
·

SIARAN MEDIA

KES TIKAMAN MAUT REMAJA PEREMPUAN AMAT MENGEJUTKAN, TIADA TEMPAT UNTUK KEGANASAN DI SEKOLAH

Saya amat terkejut dan sedih dengan insiden tikaman maut yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi ini.

Insiden tragik ini telah meruntun hati ramai dan mengejutkan seluruh negara. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk pembelajaran, perkembangan diri, dan persahabatan.

Ruang harus diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pada masa yang sama, pejabat saya di Damansara bersedia untuk membantu ahli keluarga mangsa. Pasukan saya telah diarahkan untuk menghubungi dan memberi sokongan kepada mereka dalam saat sukar ini.

Bagi pihak Kementerian Digital dan pasukan saya di Damansara, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga remaja perempuan yang telah kehilangan nyawa dalam kejadian yang begitu menyayat hati ini.

GOBIND SINGH DEO

Menteri Digital

Ahli Parlimen Damansara

14 Oktober 2025

#TAMAT#


14102025_SIARAN MEDIA_KES TIKAMAN MAUT REMAJA PEREMPUAN AMAT MENGEJUTKAN, TIADA TEMPAT UNTUK KEGANASAN DI SEKOLAH.pdf

0.11MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025