Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Lenggong Jadi Tumpuan:Karnival Cakna Digital 2025 Serlahkan Kepentingan Celik Digital Komuniti Luar Bandar

4 mins
·

SIARAN MEDIA

LENGGONG JADI TUMPUAN:

KARNIVAL CAKNA DIGITAL 2025 SERLAHKAN KEPENTINGAN CELIK DIGITAL KOMUNITI LUAR BANDAR


LENGGONG, 20 Disember 2025 – Majlis perasmian Karnival CAKNA Digital 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, diiringi oleh YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lenggong, Perak.

Karnival Cakna Digital 2025, anjuran Kementerian Digital dengan kerjasama strategik CyberSecurity Malaysia berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Lenggong, Perak dan kawasan sekitarnya.

Program selama dua (2) hari ini merupakan inisiatif utama bagi memperkukuh kesedaran serta kefahaman komuniti luar bandar tentang kepentingan kemahiran digital dalam kehidupan seharian, sejajar dengan usaha kerajaan memastikan rakyat di semua peringkat tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital negara.

Penganjuran Karnival CAKNA Digital 2025 turut memberi tumpuan terhadap pembudayaan kesedaran digital secara menyeluruh merangkumi aspek perlindungan data peribadi, keselamatan siber, pencegahan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa di Malaysia. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 67,735 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM2.77 Bilion telah direkodkan antara Januari hingga November 2025, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk memperkukuh literasi digital dalam kalangan masyarakat.


Antara pengisian utama yang menjadi tumpuan pengunjung ialah:


•Kelas E-Dagang Desa: yang memberi tunjuk ajar kepada usahawan tempatan cara memasarkan produk kampung melalui platform digital seperti TikTok Shop.

•Demonstrasi Keselamatan Siber “Elak Kena Scam”: sesi interaktif bagi membantu peserta mengenal pasti mesej dan laman sesawang palsu.

•Klinik E-Wallet dan Perbankan Digital: yang membimbing peserta menggunakan aplikasi kewangan dengan selamat.

•Portal Rakyat Digital: Portal pembelajaran dalam talian secara percuma untuk rakyat yang menawarkan enam modul berkaitan teknologi terkini seperti AI untuk Rakyat, Generatif AI, AI Fluency, CyberSAFE untuk Rakyat, Cloud untuk Rakyat, dan Blockchain untuk Rakyat.

Karnival ini turut menampilkan pertandingan TikTok Kreatif, Kuiz Digital Interaktif (Kahoot!), dan pemeriksaan kesihatan digital, menjadikannya satu platform inklusif yang menarik minat semua golongan dari kanak-kanak hingga warga emas.

Penganjuran Karnival CAKNA Digital 2025 dijangka memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui peningkatan literasi digital, membuka peluang ekonomi baharu kepada usahawan desa, pengukuhan jaringan sosial serta penglibatan aktif masyarakat dalam agenda pendigitalan negara. Selain itu, program ini turut mempromosikan Lenggong sebagai sebuah destinasi komuniti digital yang progresif, selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membangunkan ekosistem digital yang inklusif dan mampan.

Program seperti ini bukan sahaja memperluas capaian digital ke kawasan luar bandar, malah memperkukuh keupayaan masyarakat untuk menggunakan teknologi dengan yakin dan selamat, sejajar dengan matlamat membina komuniti digital Malaysia yang berdaya saing, beretika, dan berdaya tahan.

Turut hadir bersama, YBrs. Tuan Ma. Sivanesan A/L Marimuthu @ Muthiah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital) Kementerian Digital, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia serta Pegawai-pegawai Kementerian.


KEMENTERIAN DIGITAL

#TAMAT#


20122025_SIARAN MEDIA_LENGGONG JADI TUMPUAN KARNIVAL CAKNA DIGITAL 2025 SERLAHKAN KEPENTINGAN CELIK DIGITAL KOMUNITI LUAR BANDAR.pdf

0.15MB

20122025_PRESS RELEASE_LENGGONG IN THE SPOTLIGHT CAKNA DIGITAL CARNIVAL 2025 HIGHLIGHTS THE IMPORTANCE OF DIGITAL LITERACY AMONG RURAL COMMUNITIES.pdf

0.16MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025