Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

NAIO Menjemput Input Awam Untuk Pelan Tindakan AI Kebangsaan

3 mins
·

KENYATAAN MEDIA

NAIO MENJEMPUT INPUT AWAM UNTUK PELAN TINDAKAN AI KEBANGSAAN

Kongsikan Pandangan Anda tentang Masa Depan AI Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2025 – Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dibawah Kementerian Digital telah melancarkan konsultasi awam peringkat nasional sebagai langkah awal dalam merangka Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 -- hala tuju strategik negara bagi pembangunan dan penerapan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab, inklusif dan berimpak tinggi demi kemajuan dan kesejahteraan Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, satu soal selidik ringkas dan mudah diakses diperkenalkan untuk mengumpul maklum balas rakyat terhadap tahap kesediaan negara dalam menghadapi era AI, mengenal pasti kebimbangan utama seperti kehilangan pekerjaan akibat automasi dan isu privasi data, serta meneroka aspirasi masyarakat tentang bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan untuk menangani cabaran-cabaran besar negara.

NAIO komited memastikan pembangunan AI negara dirancang secara inklusif dan berwawasan. Setiap maklum balas daripada rakyat akan menjadi asas penting dalam merangka dasar dan inisiatif AI yang memenuhi keperluan sebenar masyarakat serta memacu kemajuan negara.

Sebagai unit penyelaras utama dalam bidang AI negara, NAIO dipertanggungjawabkan untuk memacu penerapan AI merentasi pelbagai sektor secara sistematik dan bersepadu. Aspirasi utama NAIO adalah untuk membina sebuah ekosistem AI yang kukuh, inklusif dan dipercayai, yang mampu memberikan impak sebenar dan boleh diukur kepada rakyat dan negara. Pelan Tindakan AI Kebangsaan ini akan merangka pendekatan menyeluruh yang menyatukan kerajaan, industri, akademia dan masyarakat, agar pembangunan AI negara bergerak seiring, saling melengkapi dan berpaksikan keperluan bersama. Pandangan rakyat amat penting dalam memastikan pembangunan AI negara bersifat inklusif dan berkesan. NAIO mengalu-alukan penyertaan semua untuk menjawab soal selidik yang kini boleh diakses melalui laman sesawang rasmi dan media sosial NAIO.

Layari ai.gov.my atau akaun media social (LinkedIn, Instagram, dan Facebook) untuk menyertai soal selidik ini.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital


01072025_SIARAN MEDIA_NAIO MENJEMPUT INPUT AWAM UNTUK PELAN TINDAKAN AI KEBANGSAAN.pdf

0.08MB

01072025_PRESS RELEASE_NAIO INVITES PUBLIC INPUT FOR NATIONAL AI ACTION PLAN.pdf

0.15MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025