SALUTASI
1. Yang Berusaha Tuan Aznan Abdul Aziz
Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia (BNM)
2. Encik Novan Amirudin
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group
3. Encik Gurdip Singh Sidhu
Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Malaysia
4. Encik Ahmad Shahriman Mohd Shariff
Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic & CIMB Foundation
5. Encik Mansor Kesot @ Ali
Pengurus Besar (Bahagian Operasi & Pembangunan Perniagaan), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tetamu-tetamu Kehormat,
Wakil-wakil Media,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI dan selamat tengah hari kepada semua.
1. Terima kasih saya ucapkan kepada CIMB kerana menjemput saya untuk bersama-sama pada hari yang bermakna ini.
2. Saya amat berbesar hati dapat menyaksikan lahirnya sebuah inisiatif yang menyasarkan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat — termasuk komuniti yang kurang mendapat perhatian. Rakyat mesti sentiasa menjadi nadi kepada kemajuan digital negara kita.
3. Era digital yang kita alami hari ini menawarkan pelbagai peluang yang luas. Justeru, adalah wajar untuk rakyat Malaysia segera menyesuaikan diri dengan teknologi digital seperti Data dan Kecerdasan Buatan (AI), sambil menghadapi perubahan geopolitik yang semakin mencabar. Tanggungjawab ini terletak pada kita semua — untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang tercicir dalam usaha kita menjadikan negara ini sebagai sebuah negara digital yang maju.
GOVERNMENT ASPIRATION TO DEVELOP MALAYSIA’S DIGITAL ECONOMY
Ladies and gentlemen,
4. The MADANI Government is committed to its effort to transform Malaysia into a digital nation. This is evident through the establishment of the Ministry of Digital, which I have led since 2023.
5. Various initiatives and efforts have been implemented by the Ministry of Digital and its agencies. These include strengthening existing laws and introducing new ones, such as the Cyber Security Act and the Data Sharing Act.
6. We also launched the National Artificial Intelligence Office (NAIO) in December 2024. The NAIO has been tasked with further strengthening the AI ecosystem and has been mandated to present its proposals on AI-related legislation in Malaysia.
7. There are also national frameworks and action plans in place, such as the Digital Economy Framework and the National Digital Economy and Fourth Industrial Revolution Council. These efforts have contributed significantly to the growth of Malaysia’s digital technology sector.
8. As I mentioned at the event earlier this morning, Malaysia has attracted a total of RM310.7 billion in digital investments from 2021 to March 2025. This underscores Malaysia’s position as a rapidly growing digital infrastructure hub in the region.
9. To capitalise on our digital ecosystem, the Ministry of Digital and its agencies have introduced various programmes and upskilling opportunities for individuals and businesses. These initiatives are designed to empower Malaysians to participate actively and directly in our digital economy.
10. If you are a retail shop owner in Serendah, you can learn how the digital world can elevate your business through the eUsahawan programme by the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
11. The Ministry of Digital also launched the Business Digitalisation Initiative (BDI) in April this year. It aims to equip micro, small, and medium enterprises (MSMEs) with the necessary skills and tools for digital transformation. The BDI is supported by a blended fund totalling RM1.5 billion and offers freemium digital solutions to reduce business operating costs, as well as access to an integrated ecosystem involving collaboration between the public and private sectors.
12. If you need assistance in setting up a new website, our friends at MyNIC are ready to help.
13. What I wish to emphasise here is that the Ministry of Digital has a wide range of initiatives aimed at helping all segments of Malaysian society move forward and thrive in this digital era.
PEMANTAPAN CELIK DIGITAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
14. Pendigitalan merupakan tonggak penting dalam pembinaan negara. Walaupun ia terus menjadi pemacu pertumbuhan dalam semua sektor ekonomi — khususnya dalam sektor perbankan dan kewangan — adalah amat penting bagi kerajaan dan institusi kewangan untuk berganding bahu memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam arus ekonomi digital.
15. Kita mungkin mempunyai program, infrastruktur dan inisiatif yang terbaik — tetapi persoalannya, bagaimana kita dapat mendorong rakyat untuk menerima dan mengamalkan teknologi digital dalam kehidupan seharian mereka?
16. Langkah pertama ialah dengan memperkasa mereka melalui celik digital. Matlamat kita ialah untuk mendekati seramai mungkin rakyat Malaysia melalui pendidikan, dan menunjukkan bagaimana pemerkasaan digital boleh memberi kesan positif dalam kehidupan mereka.
17. Kementerian Digital telah melaksanakannya melalui siri Jelajah Malaysia Digital. Saya sendiri telah terlibat dalam beberapa siri jelajah ini, termasuk acara di Sibu bulan lepas. Saya telah menyaksikan sendiri bagaimana inisiatif kita memberikan impak yang bermakna kepada rakan-rakan kita — dari Perlis hinggalah ke Sabah.
18. Kita juga mempunyai program ‘AI Untuk Rakyat’, iaitu satu inisiatif yang memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada rakyat Malaysia. Setakat ini, lebih 1.3 juta rakyat Malaysia telah menamatkan program ini, dan jumlah tersebut terus meningkat dari hari ke hari.
19. Pemerkasaan digital mampu mengangkat martabat komuniti dengan memberikan akses kepada maklumat, menggalakkan kerjasama, dan membolehkan pembangunan yang dipacu oleh komuniti itu sendiri. Dengan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan digital, komuniti boleh memanfaatkan teknologi untuk menangani cabaran setempat, menyesuaikan diri dengan perubahan, dan meningkatkan kesejahteraan hidup secara menyeluruh.
20. Inilah sebabnya bank pada hari ini bukan sahaja perlu bertindak sebagai pemudah cara kewangan, tetapi juga sebagai pendokong dan penjaga agenda digital. Saya berasa gembira apabila melihat bahawa CIMB dan anak syarikatnya, Touch ‘n Go Digital, telah memainkan peranan tersebut dengan baik. Anda bukan sahaja menyediakan kemudahan perbankan, tetapi turut memberikan pendidikan dan kesedaran tentang celik digital, yang boleh memperkasa komuniti untuk mengharungi landskap kewangan masa kini dengan lebih yakin dan mudah.
21. Bank tidak seharusnya beroperasi secara terasing daripada masyarakat, kerana mereka wujud untuk berkhidmat, bukan sekadar untuk menjana pulangan. Saya turut berasa gembira apabila mendengar Encik Novan menyatakan bahawa program CIMB 'Kita Bagi Jadi Komuniti' bertujuan untuk menggalakkan pemerkasaan ekonomi dan keterangkuman kewangan secara aktif, khususnya dalam kalangan golongan yang tidak memiliki akses perbankan (unbanked), kurang mendapat perhatian 7 (underserved), perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta komuniti rentan — demi memberikan impak sosial yang benar-benar bermakna.
22. Syabas kepada CIMB kerana memainkan peranan proaktif dalam memperkasa komuniti kita. Usaha-usaha ini bukan sahaja mendorong mobiliti sosioekonomi, tetapi turut menyokong daya pengeluaran negara dan ketahanan jangka panjang.
23. Saya berharap agar lebih ramai pemain industri akan mengambil langkah yang sama, dan terus berkhidmat untuk rakyat, komuniti dan alam sekitar — sambil bekerjasama memastikan setiap rakyat Malaysia tidak tertinggal dalam arus transformasi digital negara.
24. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya merakamkan setinggitinggi tahniah kepada CIMB atas inisiatif yang begitu tepat pada masanya dan berpandangan jauh ke hadapan. ‘Kita Bagi Jadi Komuniti’ mencerminkan komitmen CIMB terhadap pelanggan, serta menyokong visi nasional Malaysia yang berteraskan kepercayaan, kesaksamaan dan inovasi untuk semua. 25. Dengan membantu komuniti yang memerlukan, kita dapat membina sebuah Malaysia yang progresif, makmur dan celik digital.
Terima kasih.
#TAMAT#