Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Penyaluran GDPM Selesai Melalui Intervensi Menteri

2 mins
·

SIARAN MEDIA

PENYALURAN GDPM SELESAI MELALUI INTERVENSI MENTERI

PUTRAJAYA, 8 Mei 2026 — Pembayaran program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) oleh Kerajaan telah selesai disempurnakan susulan intervensi Kementerian Digital bagi menangani kelewatan pembayaran yang telah menjejaskan syarikat yang mengambil bahagian. Kementerian Digital telah menyelaraskan secara rapat dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan bagi memastikan semua tuntutan telah diselesaikan dengan segera.

Susulan intervensi ini, proses pembayaran dan penyaluran telah berjaya disalurkan kepada syarikat terlibat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Semua tuntutan tertunggak kini telah diselesaikan sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan RM19 juta telah dibayar kepada syarikat berkenaan.

Sebagai inisiatif di bawah Belanjawan 2025, GDPM memainkan peranan penting dalam membantu PMKS mengadaptasi teknologi digital. Ia melibatkan lebih daripada 370 rakan pendigitalan yang menawarkan pelbagai solusi merangkumi sembilan bidang utama pendigitalan, termasuk pembayaran digital dan sistem ePOS, penyelesaian pengurusan perniagaan seperti HR dan CRM, pemasaran digital,keselamatan siber, sistem ERP dan perakaunan, tandatangan digital, Internet Of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta invois elektronik.

Kementerian Digital menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan sampai kepada penerima dengan cepat dan berkesan. Usaha mempercepatkan penyaluran ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk bukan sahaja menangani isu semasa, tetapi juga memperkukuh keyakinan PMKS, rakan industri dan rakyat terhadap keupayaan sistem penyampaian awam.

Langkah ini dilihat sebagai pendekatan Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada perniagaan tempatan yang tercicir dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Negara AI menjelang tahun 2030.

YB GOBIND SINGH DEO

Menteri Digital

#TAMAT#


SIARAN MEDIA - PENYALURAN GDPM SELESAI MELALUI INTERVENSI MENTERI MAY 8.pdf

0.14MB

PRESS RELEASE - MSME GRANT DELAY SOLVED FOLLOWING MINISTERIAL INTERVENTION MAY 8.pdf

0.12MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026