Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Revolusi Digital Sektor Awam:PPDSA Dan MyGDX Pemacu Transformasi Rakyat

3 mins
·

SEGERA SIARAN MEDIA REVOLUSI DIGITAL SEKTOR AWAM: PPDSA DAN MYGDX PEMACU TRANSFORMASI RAKYAT

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2026 – Kementerian Digital hari ini menyeru semua agensi dan jabatan kerajaan untuk bersinergi memacu transformasi digital sektor awam menerusi pelaksanaan Polisi Pendigitalan Data Sektor Awam (PPDSA) dan peluasan platform Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) yang diterajui oleh Jabatan Digital Negara (JDN).

Dengan mengangkat tema Digital Automation through Technological Advancement (D.A.T.A), peluncuran kedua-dua polisi dan platform tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Digital, Yang Berhormat Gobind Singh Deo hari ini amat signifikan bagi membuktikan komitmen proaktif Kementerian sebagai peneraju agenda pendigitalan negara dalam usaha mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

PPDSA

PPDSA dibangunkan khusus untuk menangani risiko ketidakseragaman dalam tadbir urus data dan ketidakselarasan maklumat merentas agensi Kerajaan yang seterusnya menjejaskan integriti data serta kualiti pembuatan keputusan kritikal di peringkat tertinggi. Standard baharu diperkenal yang tertumpu kepada infrastruktur serta penekanan ke atas kesahihan dan kebolehpercayaan data yang dikongsi serta kemampanan sistem untuk tempoh jangka panjang.

Keberhasilan polisi ini membuka ruang kepada pemanfaatan teknologi Agentic AI, yang akan disokong oleh barisan penjawat awam yang kompeten dan mahir digital.

MYGDX

MyGDX diperluas bagi menambahbaik sistem sedia ada di setiap agensi kerajaan melibatkan pengumpulan, pemadanan serta pengesahan data. Proses kerja secara manual, rujukan dokumen fizikal dan maklumat berasingan (data silo) dialihkan kepada sistem digital bersepadu yang membolehkan akses secara masa nyata (real-time) di mana jua berserta jaminan keselamatan ke atas data peribadi yang disimpan.

Menerusi kerjasama pintar sejak peluncurannya pada Disember 2023, MyGDX telah dimanfaatkan oleh 81 agensi Kerajaan, merangkumi 51 agensi pembekal data dan 23 agensi pengguna data melalui 49 sistem yang telah disepadukan. Dengan lebih 65 juta transaksi Application Programming Interface (API) yang direkodkan, platform ini terbukti berjaya memudahkan perkongsian data kritikal, antaranya profil penjawat awam, maklumat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), semakan pasport, status pengesahan OKU, maklumat lesen dan pendaftaran kenderaan.

Kementerian Digital kekal komited merealisasikan visi dan misi yang bersandarkan kepada sokongan padu dua hala daripada seluruh sektor awam. Selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, khususnya Daya Cipta dan Keyakinan, kementerian ini akan terus mengupayakan bakat serta memelihara kepercayaan rakyat sebagai asas pembinaan kerajaan digital, sekali gus mendukung aspirasi Ke Arah Negara AI 2030.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital


10022026_SIARAN MEDIA_REVOLUSI DIGITAL SEKTOR AWAM PPDSA DAN MYGDX PEMACU TRANSFORMASI RAKYAT.pdf

0.16MB

10022026_PRESS RELEASE_THE DIGITAL REVOLUTION PUBLIC SECTOR PPDSA & MYGDX EMPOWERING CITIZEN TRANSFORMATION (1).pdf

0.16MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026