Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Koleksi Ucapan

Sambutan Perayaan Thaipusam 2026

3 mins
·

SALUTATIONS (TBC)

Rakan-rakan media. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

1. Vanakam, Salam Perpaduan, dan Salam Malaysia MADANI.

2. Izinkan saya mengucapkan selamat Hari Thaipusam (a Blessed Thaipusam) kepada semua penganut Hindu di Malaysia. Saya amat berbesar hati berada di Batu Caves pada hari yang penuh mulia ini.

3. Perayaan Thaipusam bukan sahaja melambangkan keimanan dan pengorbanan penganut Hindu, tetapi juga menjadi bukti kepada kepelbagaian budaya dan keharmonian yang kita nikmati di negara tercinta.

4. Pada malam Jumaat dan semalam, ramai penganut Hindu telah membanjiri sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bagi menyertai perarakan pedati perak.

5. Ketika perarakan dari Kuil Sri Maha Mariamman ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini, kewujudan 'thaneer panthal' yang menyediakan makanan dan minuman percuma jelas menunjukkan keunikan Malaysia di mana kita saling membantu antara satu sama lain.

6. Keunikan ini dapat dilihat sendiri oleh para pengunjung dan pelancong yang kini berada di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

7. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyentuh mengenai usaha berterusan untuk menambah baik kemudahan di kawasan kuil ini.

8. Saya amat berharap agar projek pembinaan dewan serbaguna dan pemasangan eskalator di kuil Batu Caves ini dapat dimulakan dan direalisasikan dalam masa terdekat demi manfaat para pengunjung dan penganut sekalian.

Saudara, saudari sekalian,

9. Hari Thaipusam merupakan satu peringatan kepada kita semua untuk terus meraikan kepelbagaian dan menjaga keharmonian.

10. Sebagai Menteri Digital, saya ingin memastikan keharmonian ini dipelihara di alam siber. Jadikan platform digital sebagai ruang untuk belajar, bukannya medan mempertikaikan perbezaan.

11. Untuk makluman umum, Kementerian Digital telah menyediakan skrin digital gergasi di perkarangan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang bagi memudahkan orang ramai mengikuti sambutan ini.

12. Di Batu Caves pula, pusat khidmat saya giat mengedarkan makanan dan minuman kepada para penganut. Ini merupakan cara kita meraikan dedikasi penganut untuk meneruskan perayaan yang cukup bermakna ini.

13. Akhir kata, Malaysia yang bersatu padu akan membolehkan kita

mencapai kemajuan yang lebih pesat. Marilah kita gunakan teknologi digital untuk mendidik masyarakat akan keunikan budaya kita bagi memastikan kita terus menghargai antara satu sama lain.

14. We are all Malaysians. And as Malaysians, we must come together to build a stronger and prosperous nation. We are one.

15. Sebelum saya mengakhiri ucapan, Vel, Vel, Vetrivel!

Nandri, terima kasih semua.

TAMAT


31012026_TEKS UCAPAN_SAMBUTAN HARI THAIPUSAM 2026_compressed.pdf

0.07MB

31012026_SPEECH_THAIPUSAM CELEBRATION 2026.pdf

0.06MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026