Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Selamat Hari Thaipusam Kepada Semua Penganut Hindu

3 mins
·

SIARAN MEDIA

SELAMAT HARI THAIPUSAM KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2026 - Sempena sambutan hari Thaipusam yang mulia ini, saya ingin mengucapkan salam hangat kepada masyarakat Hindu dan seluruh rakyat Malaysia.

Thaipusam merupakan simbol keimanan dan ketabahan, serta selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang mencerminkan komitmen bersama kita terhadap sebuah masyarakat yang dibina atas Ihsan, Hormat, dan Keyakinan. Di dalam negara kita yang berbilang bangsa, perayaan sebegini menjadi peringatan penting bahawa kekuatan kita terletak pada perpaduan serta nilai bersama dalam keadilan sosial dan maruah kemanusiaan.

Tahun ini, bagi memastikan semangat perayaan ini sampai kepada semua orang, kami telah mengambil langkah untuk mengintegrasikan teknologi dengan warisan budaya kita di Pulau Pinang menerusi penyediaan skrin digital di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani (Kuil Air Terjun). Skrin-skrin ini akan membolehkan beribu-ribu penganut dan pengunjung mengikuti perarakan (chariot) serta upacara kuil dengan lebih dekat, sekali gus memastikan pengalaman yang lebih lancar dan inklusif untuk semua.

Sementara itu di Batu Caves, pejabat perkhidmatan parlimen saya akan aktif bertugas di lapangan seperti tahun-tahun sebelum ini. Kami akan menyediakan hidangan dan minuman percuma bagi menyokong para penganut yang hadir. Kami berharap sumbangan khidmat bakti ini dapat memberi keselesaan kepada ribuan pengunjung yang telah datang dari jauh untuk menunaikan nazar mereka. Saya juga akan melawat kuil Batu Caves pada pagi esok.

Sambil kita berusaha membina Malaysia yang lebih inklusif dan maju secara digital, marilah kita menyerapkan disiplin dan pengabdian Thaipusam ke dalam kehidupan seharian kita. Komitmen saya kekal teguh dalam memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat Malaysia dan memastikan kemajuan dirasai oleh setiap komuniti, tanpa mengira latar belakang.

Saya mengucapkan selamat menyambut Thaipusam yang selamat, aman, dan memperkayakan kerohanian kepada semua. Semoga perayaan ini membawa harapan baharu dan kemakmuran kepada keluarga anda.

Vel, Vel, Vetrivel!

Gobind Singh Deo

Menteri Digital

Pengerusi Kebangsaan, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Ahli Parlimen Damansara

#TAMAT#


31012026_SIARAN MEDIA_SELAMAT HARI THAIPUSAM KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU.pdf

0.11MB

31012026_PRESS RELEASE_HAPPY THAIPUSAM TO ALL DEVOTEES.pdf

0.11MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026