Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

Kementerian Digital Rangkul Pengiktirafan Antarabangsa Di Festival Of Innovation 2026

4 mins
·

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN DIGITAL RANGKUL PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DI FESTIVAL OF INNOVATION 2026

PUTRAJAYA, 6 MAC 2026 – Kementerian Digital melalui agensinya, Jabatan Digital Negara (JDN) dan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) telah melakar kejayaan membanggakan di persada dunia apabila meraih pengiktirafan cemerlang di Festival of Innovation 2026 anjuran GovInsider yang diadakan di Singapura.

Edisi tahun ini menyaksikan persaingan sengit dengan 270 penyertaan daripada 120 agensi kerajaan di seluruh dunia. Kejayaan ini mencerminkan komitmen jitu Kementerian Digital dalam memperkukuh ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta memacu transformasi teknologi secara bertanggungjawab di Malaysia.

Pencapaian Utama Agensi di Bawah Kementerian Digital

Kementerian Digital telah diiktiraf melalui beberapa kategori utama yang melambangkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam:

•Pemenang Kategori Inter-Agency Award: Dirangkul oleh JDN menerusi inisiatif MyGovCloud@PDSA, sebuah projek berimpak tinggi dalam penyelarasan infrastruktur awan merentas agensi kerajaan.

•Pengiktirafan Khas (Special Mention) AI-Ready Award: Diterima secara bersama oleh NAIO dan JDN melalui inisiatif AI@Works. Inisiatif ini mempamerkan kesiapsiagaan sektor awam Malaysia dalam mengadaptasi teknologi AI secara beretika.

•Pengiktirafan Khas (Special Mention) Digital Government Award: Diberikan kepada JDN melalui platform Malaysia Government Central Data Exchange (MyGDX) atas usaha memperkasakan perkongsian data nasional yang bersepadu.


Selain itu, NAIO turut tersenarai sebagai finalis bagi kategori Transformative Agency of the Year Award, satu pencapaian yang meletakkan agensi di bawah Kementerian Digital setaraf dengan agensi inovasi terbaik dunia.

Menterjemah Visi Ke Arah Negara AI 2030

Pencapaian antarabangsa ini adalah selari dengan hala tuju Ke Arah Negara AI 2030 yang diterajui oleh Kementerian Digital. Melalui NAIO, fokus diberikan kepada pembangunan ekosistem AI yang inklusif dengan menekankan:

•Tadbir Urus Digital: Memastikan penggunaan teknologi yang selamat dan beretika.

•Pembangunan Kapasiti: Memperkasakan penjawat awam dan industri dengan kemahiran masa hadapan.

•Pertumbuhan Ekonomi: Meningkatkan produktiviti negara melalui inovasi data dan AI.

Komitmen Terhadap Inovasi Sektor Awam

Festival of Innovation merupakan platform global yang menghimpunkan pemimpin kerajaan dan pakar teknologi untuk berkongsi amalan terbaik. Kehadiran aktif Kementerian Digital di platform ini membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja pengguna teknologi, malah peneraju inovasi yang berteraskan kepentingan rakyat.

Kementerian Digital ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan JDN, NAIO, dan semua agensi yang terlibat. Pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan digital yang lebih cekap, telus, dan bersepadu demi kemakmuran negara.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


06032026_SIARAN MEDIA_KEMENTERIAN DIGITAL RANGKUL PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DI FESTIVAL OF INNOVATION 2026.pdf

0.22MB

06032026_PRESS RELEASE_MINISTRY OF DIGITAL SECURES INTERNATIONAL RECOGNITION AT THE FESTIVAL OF INNOVATION 2026.pdf

0.16MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Level 7, Menara PjH, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2,
62100 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2026