SALUTASI
1. Yang Berusaha SAC Ravindar Singh Sarban Singh
Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis & Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
2. Yang Berusaha SAC Gurcharan Singh Udham Singh
Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis & Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
3. Yang Berusaha SAC Balveer Singh Mahindar Singh
Komander Briged Utara
4. Yang Berbahagia Dato’ Sri Amar Singh Ishar Singh
Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
5. Yang Berusaha ACP Harjinder Singh
Asisten Komisioner Polis
6. Yang Berhormat Ramkarpal Singh
Ahli Parlimen Bukit Gelugor
7. Ahli Jawatankuasa Gurdwara Sahib Polis High Street
Rakan Media,
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Sat Sri Akal, Salam Perpaduan, and Salam Malaysia MADANI.
1.I am deeply grateful to the committee of the Gurdwara Sahib Polis High Street for inviting me to the Police Day program in conjunction with the 219th PDRM anniversary.
2.Even as the Sikh community is busy preparing for the Vaisakhi festival, many of our friends are celebrating Hari Raya Aidilfitri. There are also members of the Indian community who will be celebrating their New Year next week. This harmony and diversity can be enjoyed because of the tireless efforts of the PDRM in ensuring the nation's security. Thank you to all of you.
INTEGRITY: THE MOST POWERFUL SHIELD
Ladies and gentlemen,
3.The heroic lineage of the Sikh community in defending the sovereignty of our motherland is etched in the nation's history. From the establishment of the First Battalion Perak Sikhs in 1884 to the glory days of the Malay States Guides (MSG), the sons of the Sikh community have carved their names as a respected bulwark of national security.
4.The ranks of Sikh officers and personnel looking sharp in their blue uniforms among us today are not merely continuing a family tradition. It is a manifestation of the 'Khalsa' spirit—a sacred resolve to uphold truth and peace.
5.Before us today is a line of 'Singh' and 'Kaur' warriors who are loyal and ever-ready to serve.
6.However, it must be remembered that the badge on your chest and the pips on your shoulders are not mere decorations; they represent a heavy trust that demands uncompromising integrity.
7.The people’s trust is our most valuable asset, one that must be preserved through service that is clean, transparent, and fair.
8.At the same time, the duty of maintaining peace is not just a routine—it is a national responsibility.
KOLABORASI SEBAGAI KUNCI DALAM MEMERANGI JENAYAH
Saudara dan Saudari sekalian,
9.Moto PDRM, "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" bukan sekadar slogan; ia merupakan satu keperluan strategik.
10.Dalam masyarakat berbilang budaya seperti Malaysia, kepercayaan adalah "mata wang" bagi kerjasama. Apabila masyarakat merasakan adanya hubungan peribadi dengan anggota polis di kawasan mereka, mereka akan lebih cenderung untuk bertindak sebagai "mata dan telinga" pasukan, seterusnya menyalurkan maklumat penting yang membawa kepada pencegahan jenayah.
11.Malah, kami di Kementerian Digital sangat berterima kasih atas penglibatan berterusan yang kami nikmati bersama PDRM. Kami telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai PDRM ke kementerian kami. Baru-baru ini, pegawai khas saya, Saudara Mandeep Singh, telah menghadiri majlis buka puasa bersama Yang Berbahagia Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
12.Secara peribadi, saya sentiasa menikmati hubungan yang akrab dan profesional dengan ramai daripada anda serta rakan sejawat anda sepanjang kerjaya saya sebagai peguam, ahli politik, dan kini sebagai menteri. Kita telah bekerjasama erat dalam pelbagai bidang — daripada isu hak asasi manusia, menegakkan keadilan, sehinggalah kepada menangani ancaman keselamatan siber.
13.Hubungan akrab sebegini mewujudkan satu kitaran maklum balas yang positif. Apabila komuniti merasa diperkasakan untuk berkomunikasi dengan anggota polis tempatan mereka, ia mewujudkan satu lapisan akauntabiliti tidak rasmi. Ini secara tidak langsung membendung salah laku dan rasuah di peringkat akar umbi, kerana para pegawai sedar bahawa mereka diperhatikan, namun dalam masa yang sama disokong oleh masyarakat yang mereka lindungi.
14.Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM atas usaha mengguna pakai alatan digital bagi menangani jenayah siber. Memandangkan dunia digital kian berkembang, kita harus memastikan teknologi digunakan untuk kebaikan, dan bukannya dijadikan senjata untuk menipu orang lain atau memecahbelahkan rakyat Malaysia.
15.Kita tidak boleh membiarkan individu atau kumpulan tertentu mencetuskan huru-hara di dunia digital. Kita telah melihat hantaran-hantaran di media sosial yang sengaja direka semata-mata untuk membakar api kemarahan. Kebanyakannya adalah hantaran oleh golongan pengecut yang bersunyi di sebalik akaun tanpa nama (anonim).
16.Kita mesti melumpuhkan pelakon-pelakon jahat ini. Saya sedar bahawa kita tidak boleh menangani jenayah sebegini secara bersendirian. Oleh itu, kita mesti bekerjasama erat demi membina Malaysia yang lebih selamat.
Ladies and gentlemen,
17.Once again, allow me to express my deepest gratitude to the members of the PDRM who continue to serve the nation. To the members of the Sang Saka Biru, Happy 219th Police Day.
18.Kepada jawatankuasa Gurdwara Sahib Polis High Street, usaha anda dalam menyelenggara Gurdwara yang ikonik ini di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur amatlah dihargai.
19.Saya berasa bangga melihat Gurdwara ini tetap teguh berdiri meskipun dikelilingi oleh pembangunan pesat bangunan pencakar langit di sekitarnya. Saya berbesar hati untuk membantu, sekadar yang mampu, bagi memastikan Gurdwara ini terus memenuhi keperluan komuniti.
Terima kasih, dan Selamat Hari Vaisakhi saya ucapkan lebih awal.
#TAMAT#