Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock ( ) or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

Media Release

Kementerian Digital Menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024

2 mins
·

KEMENTERIAN DIGITAL MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI 2024

KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER 2024 – Telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Digital bertempat di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital meraikan perayaan Hari Deepavali bersama orang ramai yang berkesempatan hadir.

Seramai lebih 5,000 jemputan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan, tokoh masyarakat, serta rakyat berbilang kaum turut meraikan semangat perpaduan dan keharmonian di dalam majlis tersebut.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 adalah sebahagian daripada inisiatif Malaysia MADANI yang menekankan pentingnya perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam mencapai kemajuan digital.

Pengunjung yang hadir berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional serta menyaksikan persembahan kebudayaan yang berwarna-warni sebagai sebahagian daripada acara yang disediakan.

Majlis ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat serta menyemarakkan semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk terus maju dalam suasana aman dan harmoni.

KEMENTERIAN DIGITAL
31 Oktober 2024.


31.10.2024_PR_KEMENTERIAN DIGITAL MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI 2024_SENTUL DEPOT KL.pdf

0.12MB

Jata Negara

Ministry of Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Follow Us

All Rights Reserved © 2024