SALUTASI
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamid Timbalan Perdana Menteri
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang Berhormat Datuk Ugak anak Kumbong Timbalan Menteri Digital serta Timbalan-Timbalan Menteri
Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa Menteri JPM (Wilayah Persekutuan)
Yang Berbahagia Puan Sangeeta Kaur Sidhu
Yang Berhormat Ahli Jemaah Menteri serta Timbalan-Timbalan Menteri
Tuan Yang Terutama Duta dan Perwakilan Asing
Yang Berbahagia Ketua-Ketua Perkhidmatan
Yang Berbahagia Tuan Fabian Bigar Ketua Setiausaha Kementerian Digital serta Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian
Ahli-ahli Yang Berhormat serta para pemimpin masyarakat
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan
Yang diraikan penganut agama hindu yang merayakan sambutan hari Deepavali
Rakan-rakan media,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Vanakam, Selamat pagi dan Salam Malaysia MADANI.
Saya amat berbesar hati kerana dapat menyambut Deepavali bersama anda semua pada hari ini. Apa yang menjadikan acara ini lebih bermakna adalah kehadiran Perdana Menteri kita, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, ahli-ahli Jemaah Menteri, serta pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri yang sudi bersama-sama kita pada pagi yang meriah ini. Terima kasih, semua!
Tidak dilupakan juga kepada warga Kementerian Digital atas penganjuran sambutan Hari Deepavali ini. Syabas dan tahniah saya ucapakan atas segala komitmen yang diberikan demi menjayakan program ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan dan merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung, khususnya warga Sentul yang dapat meluangkan masa untuk turut memeriahkan majlis kita pada hari ini.
Deepavali, juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Deretan lampu minyak yang menyala dengan terang di kediaman kita melambangkan erti sebenar Deepavali- kebaikan mengalahkan kejahatan, “good triumph over evil”.
Mesej yang penuh bermakna ini harus kita amati sepanjang masa. Ianya merupakan satu peringatan buat kita semua, sebagai individu, dan juga kerajaan- bahawa dalam apa jua yang kita 4 lakukan, ianya perlu berlandaskan kebaikan; dan ianya harus memberi sinar harapan untuk kita semua.
Sinar harapan dalam dunia digitalisasi
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Dunia digital mampu memberi sinar harapan baharu kepada kita semua. Kementerian Digital komited dalam usaha untuk memperkasakan tiga teras utama- infrastruktur, daya tahan digital serta bakat. Pada masa yang sama, data merupakan aset penting yang perlu dipelihara. Langkah-langkah proaktif telahpun diambil untuk memastikan data kepunyaan rakyat, serta perniagaan di Malaysia terjamin.
Teknologi digital sudah menjadi nadi kehidupan moden. Sudah tentu ada dikalangan anda yang telah menempah manisan Deepavali serta membuat bayaran untuk tempahan ini melalui telefon bimbit anda. Sejak malam tadi, dan sehingga kini, anda semua menghantar dan menerima ucapan Deepavali melalui aplikasi WhatsApp. Dan ada pula yang akan mengambil gambar ataupun video acara ini dan menggunakan aplikasi AI sebelum memuatnaik hasil kreatif anda ke laman media sosial.
Oleh itu, kerajaan perlu cepat dalam memastikan ekosistem digital negara terjamin serta selamat.
Dasar kerajaan yang prihatin kepada dunia digital telah menarik banyak syarikat tekonologi gergasi ke Malaysia. Ini sekali gus melonjakkan ekonomi negara dan menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada anak muda kita.
Sinar harapan dalam inisiatif Kerajaan
Para hadirin sekalian,
Kemajuan sosio-ekonomi rakyat Malaysia harus bergerak seiring dengan pembangunan digital negara- samada AI, semi konduktor mahupun animasi. Untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan MADANI terus komited untuk memastikan tiada siapa ketinggalan dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Ini jelas kelihatan dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Anwar baru-baru ini. Peruntukan-peruntukan yang dibuat untuk kesihatan serta pendidikan akan dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia, termasuk komuniti India. Ini ditambah pula dengan peruntukan 130 juta ringgit yang akan disediakan khusus untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan Masyarakat India. Dato' Seri Anwar juga telah menekankan usaha untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India.
Jangan kita lupa peruntukan wang menerusi program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk semua 6 kaum, manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini diperluaskan kepada kaum India.
Pada awal bulan ini, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah meluluskan lebih RM95 juta bagi melaksanakan 11 program pembangunan sosioekonomi. Ia termasuk Program Latihan dan Penempatan Sijil Profesional Keselamatan Siber EC-Council yang bernilai sebanyak RM3.4 juta serta Program Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tingggi MITRA sebanyak RM25 juta.
Inisiatif-inisaitif ini akan membantu komuniti kita terus menyinar dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Komuniti India terus menyinar
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Saya teruja dan bangga melihat bagaimana komuniti kita terus mengharumkan nama negara. Pemain badminton negara, Thinaah Muralitharan bersama pasangan beregunya Pearly Tan, duduk di tangga ketujuh dalam ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Pemain skuasy negara Sivasangari Subramaniam pula berada di tangga ke-9 di dunia.
Anak-anak muda kita dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terus menyinar. SJKT Ladang Ebor, sebagai contoh, telah memenangi lapan pingat emas dan dua pingat perak dalam pertandingan World Young Inventors Exhibition Competition 7 (WYIE) 2024 dan International Invention, Innovation, Technology Competition & Exhibition Malaysia (ITEX'24) yang diadakan Mei lalu.
We all should celebrate Deepavali together. This is an occasion that brings all of us together, that is what makes it successful. Thank you. Happy Deepavali. 18. Akhir kata, saya ingin mengucapkan Deepavali Naal Vaazhthukkal kepada anda semua. Semoga cahaya kegembiraan terus bersinar dalam kehidupan kita semua.
Nandri, terima kasih.
-TAMAT-